top of page

LATAR BELAKANG PROGRAM

PENDAHULUAN

 

Bengkel Asas Fotografi 2020 ini merupakan salah satu inisiatif untuk berkongsi kepakaran kepada orang awam yang berminat dan ingin menambah ilmu pengetahuan mengenai bidang fotografi yang semakin mendapat perhatian dan sambutan di kalangan masyarakat pada era kini.

 

Oleh yang demikian, Bengkel Asas Fotografi 2020 ini terbuka kepada jabatan kerajaan, swasta dan individu yang berminat untuk mempelajari asas fotografi. Kursus ini mensasarkan kepada 60 orang peserta sahaja.

 

Tambahan pula, Bengkel Asas Fotografi 2020 ini ialah salah satu sumbangan pihak UiTM kepada masyarakat awam dan merupakan satu jaringan kemasyarakatan untuk membantu dalam berkongsi kepakaran dan sumbangan sosial kepada masyarakat setempat.

PENGENALAN

​

Setinggi-tinggi terima kasih di atas keprihatinan tuan/puan mengenai Bengkel Asas Fotografi 2020. Bengkel ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada peserta mengenai teknik asas imej fotografi dan teknikal yang tepat untuk menambah baik karya-karya yang ingin dihasilkan. Bengkel Asas Fotografi ini akan dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah Jabatan Fotografi Pengimejan Kreatif ini sendiri yang mempunyai kepakaran dalam bidang fotografi dalam pelbagai bidang.

OBJEKTIF

​

Bengkel Asas Fotografi 2020 ini bertujuan untuk membantu peserta yang terlibat untuk:

  1. Memahami prinsip asas fotografi digital.

  2. Membentuk kompetensi teknikal fotografi mengendalikan peralatan kamera dan aksesori.

  3. Membentuk kompetensi dalam proses editing.

  4. Membentuk keyakinan untuk menghasilkan imej fotografi yang mempunyai nilai dan aspek fotografi yang menarik dan betul.

bottom of page